Pages

Thursday, April 13, 2017

KENAPA SUSAH SANGAT NAK MOVE ON

Bismillah

Assalamualaikum semuaa !!!! im back (aku harap korang baca post aku dengan gaya aku, baru feel) bhahaha

*tarik nafas dalam dalam*

ive been stop writing bout love sebenarnya. but then rasa nak tulis balik tu datang. cerita dia sebenarnya macam ni

ramai yang tahu kisah perjalanan hidup aku dari jatuh naik gedebak gedebuk sampai bahagia ke hari ini, dan sebenarnya semua tu orang tahu dari blog ni ( to those yang baru singgah)

ada orang dm aku bagi feedback tentang post aku. ada orang cakap jadikan kisah aku sebagai pendoman untuk hidup bahagia (kah kah) , ada orang kesian, ada orang tunggu for my every update ( pehh cakap macam blogger famous siakkk ) (bahahhaha tapi aku tak tipu dohh !!)

so sebab semua ni la yang membuatkan aku rajin nak update blog, cerita pasal move on and so on. sebab orang amek cerita kau untuk jadikan dia kuat tau. gila kau tak terharu. maksudnya selama nie kau share cerita kau tu bukan sahaja dapat kurangkan kesedihan kau sendiri, tapi dapat jugak motivate orang lain. uhhuuuuu uhuuuuu

BUT THE THING IS AKU DAH PADAM SEMUAAAAA semuaaaaa SEMUAAAAA KISAH DUKA LARA AKU DOHH !!!!!
*tiba tiba rasa menyeseal* kalau tak mesti semua orang dapat baca kisah lama dulu !!! omg macam mana nak motivate orang lain nihhhhhh. kahka
takkan nak tulis balik dari awal!? okay mungkin aku selit selitkan sikit kot cerita cerita tu

(dont worry baby im not going to talk about my ex cause im now totally move on, Alhamdulillah)
(i mean ill talk a little bit about my past tapi tu tak bermakna aku masih kenang dia dalam doa ku k?)

idk where to starttttt wehhhhhh

first of all, post ni bukan nak sebelahkan mana mana pihak. sebab kawan kawan aku ramai jee kene tinggal tak kira laki ke perempuan.

(tapi mungkin aku cerita banyak pasal perempuan kot, sebab aku perempuan kan? bhaha)

okay kita mula dengan KENAPA SUSAH SANGAT NAK MOVE ON

benda ni, kalau takat dua tiga bulan bercinta pun buat orang susah nak move on apetah lagi kalau yang dah bertahun tu haa.

first
member A : susah nak move on sebab "kau boleh bayangkan tak, aku dengan dia dari dia belum ada pape lagi. dari mula mula dia baru nak naik, rambut belah tengah, muka hitam tak hensem. aku terima dia, tunggu dia naik sikit sikit. ajar dia apa dia tak tahu, lepas tu bila dia dah ada semua dia tinggalkan aku macam tu je weh"

second
member B : "aku cuba move on ti, tapi setiap kali aku ingat dia, aku ingat semua benda yang pernah jadi, aku down tau. selama ni dia ada je dengan aku masa aku sedih happy semua. dah banyak benda kot dia buat untuk aku, aku sayang gila kot kat dia. macam tu je dia blah"

third
member c :"dia tak ingat ke semua benda yang kitorang buat sama sama dulu. dia lupa ke macam mana dia kejar aku? dia yang nak aku tau ti bukan aku yang nak dia?

and the not best part is

fourth 
member d : "kitorang dah lebih dari kawan ti, aku dah bagi dia semua. banyak dah dosa aku dengan dia. asal dia buat aku macam ni"

yes. nie cerita betul. banyak weh cerita aku dengar. the last part is the worse. BENDA NIE AKU AKAN RUNGKAI KAT BAWAH NANTI  or maybe on another post



yes, masalah nak move on ni sebab memories. itu yang paling utama. tak tipu. 

kita cerita pasal yang first dulu. 
aku faham perasaan tu. bila kita ada dengan dia dari mula. dari dia takde gigi, muka hitam tak hensem, tak famous, takde nama. lepas tu bila kita dengan dia, nama dia naik sikit sikit, hensem sikit sikit. bila dia dah ada semua, tup tup usha perempuan lain

yang masalahnya, perempuan lain tu pun tak faham faham. orang punya kot. tak payah lah amek. 

ni aku nak bagi situation. 
Johar bercinta dengan Ana. lepas tu diaorang pun bercinta dekat 5 tahun . macam macam lah diaorang rancang masa 5 tahun tu. rancang nak kahwin. rancang nak tunang dulu lepas belajar rancang nama anak (ni sumpah aku tak pernah bahahaha) macam macam rancang lah.
sepanjang mereka bercinta pun, mereka dah saling kenal mengenalkan antara ibu bapa. Johar selalu lepak dengan family Ana. Johar tu mak Ana dah anggap macam anak sendiri dah. ajak dia makan sama sama,text tanya khabar, wish good luck bla bla bla bla

orang yang 2 3 bulan bercinta pun mustahil lah kalau keluar selalu tapi takde adegan pegang tangan beb. sumpah menipu kalau kata tak. apetah lagi Johar dengan Ana tu. hari hari jumpa dating lepak mall tengok wayang semua berdua (ehemmm takkan pegang tangan jeeeeeeeeeee)

*whoever bercinta kat kolej tu haa kan kalau dating depan aku dekat cafe pun perempuan tu gesel gesel dada dekat lengan pakwe,
jangan lah anda ingat saya tak tahu gaya orang bercinta yee. ye saya memang ahli permata dulu, tapi itu tak beerti yang saya tak bercampur dan bergaul dengan manusia manusia lain dimuka bumi ini dan seterusnya mendegar cerita mereka ye anak anak*

kembali kepada Johar dan Ana. Johar ni baik sangat, dia layan Ana macam princess, jaga makan minum Ana, belikan itu ini untuk Ana, hantar makanan kat rumah Ana bila Ana lapar (ehh pahal part(part ni je) ni macam cerita aku pulak nihh bahahahhahaah) macam macam lah. tapi dalam kisah prcintaan mereka ni Johar yang beria ria nak dekat Ana tau. Ana ni lek lek je. Johar je yang over gila nak mati lah nak dapat kan Ana. JOHAR YANG PUT EFFORT LEBIH GILAA GILAAA. lepas tu setelah beberapa tahun bercinta barulah Ana mula sayang gila nak mati dekat Johar tu (sebelum ni sayang biasa je ) so they start to live their life like other couples do. they start to love each other and bla bla bla bla. 

nak dijadikan cerita, pada suatu hari, datang lah seorang insan bernama Rosmah dalam hidup mereka. Rosmah ni biasa biasa je, tapi mungkin sebab dia nampak lemah lembut, sopan santun, putih suci (lelaki kan nak yang putih je. asal putih je cantik)

*meh sini akak nak ajar korang. come on yang putih tak semestinya cantik dan yang gelap tak semestinya buruk. perempuan ni kalau gelap pun nampak cantik maksudnya dia memang cantik, tapi kalau perempuan putih yang korang kata cantik tu cantik, cuba tengok bila muka dia gelap burn nanti. kalau dia masih cantik maskdunya yes dia cantik, tapi kaalau sebaliknya, faham faham jelaaa* (namun begitu, kecantikkan seseorang bukan lah diukur melalui paras rupa ye anak anak. takkan bab ni pun aku nak ajar?) (tak kisah lah cantik ke tak, yang penting tak rampas hak orang aummm)

Johar adalah seorang lelaki dan dia sama seperti lelaki biasa juga. dia pun terleka dek keayuan dan keindahan ciptaan tuhan bernama Rosmah ni. hendak lah hendak (okay hambar) hendak dijadikan ceritaaaa, dia pun carilah punca pergaduhan antara dia dan Ana sebab taknak nampak bersalah bila break up. dia nak orang nampak si Ana tu yang salah. dia tak nak orang cakap dia jahat sebab  dia tinggalkan Ana macam tu jeee. Ana tak give up. dia cuba cuba dan terus mencuba untuk helok kan keadaan.

but at the same time Johar pi usha Rosmah tuuu. dia kasi laaa ayat ayat manis. Rosmah tu tahu Johar dengan Ana. akan tetapi, apabila wanita yang tidak cukup imannya ini, seolah olah tidak kuat untuk menolak cinta lelaki seperti Johar. dia pun layan jee Johar tu. layan layan... terus melayan.... dan terus lagi melayan......

Rosmah ada jugak tanya kat Johar macam mana dengan Ana. Si bengap Johar tu pun create cerita. katanya mereka sudah tidak lagi sehaluan. Ana ada lah seorang gadis yang tidak baik. Ana adalah punca pergaduhan. Ana sudah bosan bersama dia, Ana mintak break up sebab dah contact dengan laki lain, dia kata lagi, Selama lima tahun kami bercinta ni, Ana yang lebih lebih nak kan saya. saya tak pernah pun cintakan dia.*padahal dia yang beria tahi betul* 
 (meanwhile Ana tak tahu pun Johar dah mula try awek lain & terus terus Ana cuba untuk membaiki hubungan mereka aummm) 

si Rosmah yang tidak punya pengalaman pun percaya. dia pun terima cinta Johar. sebab dia dah percaya kat Johar ni guyss ! dia percaya semua yang Johar cakap tanpa dengar dari Ana guys !!!


haihh penat aku taip panjang panjang sebenarnya conclusion dia 
1)Johar bodoh Johar bodoh Johar bodoh
2)Johar tak rasa sia sia sia (sambil nyanyi sia song) ke atas semua benda yang dia dah bazir kan kat Ana
3)lelaki perempuan saling menyentuh adalah harammmmmmmm bila kalian bukan muhrim
4)even it just "pegang tangan" its still dosa dohhh *remind me this*
5)Ana dah betul dah sebenarnya mula mula. Jangan sayang orang beria selagi belum hallallll. tapi dia kecundang bila Johar si bebal dah buat macam macam untuk dia
6) Rosmah tu pulak bangang sangat kenapa ?! dah kata orang punya jangan amek. pergi percaya sebelah pihak kenapa. senang sangat jatuh cinta. dasar wanita !! 


Kenapa pulak cerita Johar dengan Ana ni macam cerita aku pulak ni bahahahahahah !! 
tapi sumpah ni cerita kawan aku. aku just tukar nama jeee. (3 nama ni aku pakai petik je. kebetulan aku menghadap novel ni haaa. so nama nama tu semua nama Novelis tanah air dan nama bapak diaa kahkah)


okay itu kesimpulan dari cerita satu dan 3.
hadam nie betul betul ORANG YANG TUNJUK 100% EFFORT NAK DAPATKAN KAU PUN MUNGKIN AKAN TINGGALKAN KAU, APETAH LAGI ORANG YANG TAK TUNJUK EFFORT LANGSUNG UNTUK KAU !!!  come on baby come on. aku selalu nampak benda ni dikalangan rakan rakan aku. tapi aku diam je malas nak comment.

dulu kan aku teruk sangat sangat sangat jatuh kan. lepas tu member semua persoalkan kenapa aku tak move on move on. bukan susah pun nak move on "kau bercinta je kot bukan kau kene rogol pun. move on jela"
lol. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. aku dara dohh

tapi tulah, ada je dosa silam sikit sikit tu. zina mata zina hati astaghfirullahalzim. 
im stuck with all the memories. kau tak lalui kau tak rasa so kau jangan judge orang. aku diam je member yang judge member tak move on nie. dalam hati *doa lah dia rasa macam mana down satu hari nanti*
jangan judge. lepas tu jangan perlekehkan pasal member tak move on ni. lepas tu jangan ungkit kisah silam member. jangan  dohh jangan !!



sebab tu aku tak suka lepak dengan member yang tahu pasal kisah silam aku. aku tak suka orang ungkit kisah lama aku. dulu kau yang cakap "apelah susah nau nak move on tu" lepas tu bila aku dah move on kau duk ungkit ungkit lagi pasal benda lepas. kau nak apa sebenarnya? aku diam je kalau member macam ni. tapi sakit dohh. siut. 



aku susah nak move on dulu sebab sebab (lebih kurang atas jugak)
1st sebab memories
2nd sebab aku selalu fikir "kenapa dia buat aku macam nie? dia yang beria nak aku tau dulu"
3rd rasa bodoh sebab kene macam tu
4th sebab mengharap sangat ex datang balik(sebab kau sayang dia gila gila gila gils)
5th sebab "dia tak ingat ke semua benda yang kita buat sama sama dulu " istuck imemories 
6th family aku semua dah kenal dia
7th dia yang paling care pasal aku. semua benda aku cerita dekat dia *sebab aku tak cerita whole story of my life to other people even if ure my bestfriend* so bila dia tinggalkan aku dulu aku rasa macam aku hilang tempat bergantung
8th aku tak sangka aku boleh kene tinggal
9th dia yang beria nak aku dia yang beria dia yang beria
10th sebab dia end up dengan someone yang aku kenal jugak hahaha (but nvrmind im okay with that girl)


okay saya akhiri post first pasal benda ni takat ini saje. saya sambung tulis second post okay

*thank you google image. credit to owner of the pic

1 comment:

  1. kalau still simpan dendam mcm mana nk move on ����

    ReplyDelete